Thursday, December 9, 2010

~~~ iNAi oH iNai ~~~

Tentang Inai

Soalan :

Apa hukum melukis mengguna inai di badan?


Jawapan Oleh DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN, Mufti Perlis :

Di sini saya jelaskan seperti berikut:

* Hukum asal perhiasan tubuh wanita adalah diizinkan syarak, selagi tiada dalil yang melarangnya, ini termasuklah menggunakan inai.

* Hanya warna ‘yang bersifat kekal sahaja’ yang dilarang seperti tatu, kerana itu washimah seperti yang disebut dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim: ‘‘Nabi s.a.w. melarang pembuat tatu dan yang minta ditatukan.’’

* Maka dengan itu, sebarang lukisan yang tidak kekal termasuk inai, tidak termasuk dalam larangan tersebut.

* Namun begitu, jika lukisan itu menggambarkan ciri-ciri yang buruk seperti perlambangan bagi sesuatu ajaran sesat atau kumpulan jahat atau seumpamanya, maka itu adalah dilarang oleh Islam. Ini kerana Islam mementing penampilan diri yang bersih dari penonjolan unsur-unsur negatif dan jahat.

Sabda Nabi s.a.w. ‘‘Bukan dari kalangan kita sesiapa yang meniru selain kita’’ (riwayat al-Tirmizi, sahih). Juga sabda Baginda: ‘‘Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia di kalangan mereka.’’ (riwayat Abu Daud, sahih).

Apa-apa sahaja perhiasan diri wanita yang boleh menambat hati suami dan mengeratkan hubungan rumah tangga adalah digalakkan oleh syarak termasuk inai dan mewarnakan rambut.
uNtuK rEnunGAn bERsama........
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
oKAii,sKrg.......
 jOooMm kiTA tEngOk piC deSigNs inAi tAngaN......
ihihih.......
oKaiiiiIiii sumEee........
saMpAii ciNi dULu ekKkk.......
iihihihih.......
jUmPa Lagiiii........
aDdiIiiOoooSsss 

No comments:

Post a Comment