Friday, December 10, 2010

~jOM kiTa bELajaR tnTanG wArnA ~

sALAm suMeee!!!!!!!

hRi iNI kiTA akAn bElajAr @ aMbiL caKna seDikit teNtang waRna......

saJe2 shAre utK sumE....

jZ infOrmatiOn beRsama.....

ihihihiHhiihihiii......

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

wARnA 

Warna ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang (atau oleh kandungannya sebagai paduan untuk beberapa panjang gelombang). Julat panjang gelombang nampak untuk cahaya dikenali sebagai spektrum nampak , atau dengan mudah sahaja sebagai spektrum.
Istilah warna boleh juga merujuk kepada sifat objek-objek atau bahan-bahan yang ditentukan oleh jenis panjang gelombang yang dipantul, dihantar, atau dipancar. Biasanya, hanya ciri-ciri kandungan cahaya yang dapat dikesan oleh manusia diambil kira dan oleh itu, warna juga boleh dianggap sebagai satu fenomena psikologi. Pengolahan berbagai-bagai kegunaan istilah ini merupakan tugas utama falsafah semasa.
Oleh sebab persepsi warna berasal daripada kepekaan sel kon dalam retinaFisiologi warna dibincangkan di bawah. yang berbeza-beza terhadap bahagian-bahagian spektrum yang berlainan, warna boleh ditakrifkan melalui tahap perangsangan sel-sel itu oleh panjang gelombang cahaya.
Sains warna kekadang dipanggil kromatik dan termasuk persepsi warna oleh mata dan otak manusia, asal warna dalam bahan-bahan, teori warna dalam bidang seni, serta fizik sinaran elektromagnet dalam julat nampak (iaitu, apa yang kita biasa merujuk dengan mudah sebagai cahaya). Sebagai fenomena persepsi, warna seakan-akan pic dalam pendengaran, walaupun mekanisme-mekanisme pengamatan nada amat berbeza.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jenis-jenis Warna

Warna Asas

                          
warna asas merupakan warna-warna yang paling hebat kuasanya. Ia merupakan warna yang utama dalam pembentukan warna-warna yang lebih pelbagai. Warna asas juga dikenali sebagai warna primer. warna asas terdiri daripada 3 warna iaitu:
  • Merah
  • Biru
  • Kuning

Warna Sekunder

Warna Sekunder ialah warna yang terhasil daripada campuran dua warna asas. tiga warna sekunder tersebut ialah:

Warna Asas 1 Campuran Warna Asas 2 Hasil Warna
Merah + Kuning jingga
Kuning + Biru Hijau
Biru + Merah Ungu

Warna Tertier

Campuran satu warna asas dengan warna sekunder di sebelahnya. Warna tertier terdiri daripada 6 warna.
Warna Asas Campuran Warna Sekunder Hasil Warna
Kuning + Hijau Kuning Hijau
Kuning + Jingga Kuning Jingga
Merah + Jingga Merah Jingga
Merah + Ungu Merah Ungu
Biru + Ungu Biru Ungu
Biru + Hijau Biru Hijau

No comments:

Post a Comment