Monday, April 11, 2011

sENi & peNdiDikAn ( v0L 2)


Untuk menilai hasil kerja pelajar, guru perlu mengambil kira beberapa Elemen dan Prinsip Seni Reka dalam penilaian guru. Cantik merupakan suatu perkara yang sangat subjektif. Oleh itu pemarkahan boleh diambil kira dengan menganalisa elemen-elemen dan prinsip seni berikut :

Elemen-elemen Seni
1. Garisan - kita melihat hasil kerja itu dengan penggunaan garisan. Ada beberapa jenis garisan yang perlu kita ketahui seperti garisan tebal, nipis, bergigi, putus-putus dan sebagainya.
2. Warna - Terdapat berbagai jenis warna. Terdapat warna panas dan warna sejuk (warm to cool).Warna asas, warna sekunder, tertier. Warna juga boleh jadi dari sudut monokromatik dan akromatik. Penggunaan warna yang sesuai akan mewujudkan keharmonian,kontra dan dramatik dalam sesebuah hasil kerja.
3. Rupa - Bermula dari satu titik dan berakhir dengan titik mula akan menghasilkan rupa. Perlu diingat rupa bukan bentuk.
4. Bentuk - Boleh di lihat dari sudut 2D dan 3D.Penggunaan ton akan mewujudkan bentuk.
5.Tona- Iaitu satu kesan tampak yang diwujudkan oleh kesan cahaya.Contoh gelap ke terang.

Bagaimana pelajar mampu meluahkan ekspresi diri dalam pelajaran khususnya dalam Seni Visual.

PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI
1          PENEROKAAN
 - menyelidik untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui lagi iaitu melaksanakan dengan cara menjelajah
– guru sebagai pembimbing­ . Tujuannya adalah untuk menjadikan pelajar menjadi seorang yang benar­benar lebih berimaginatif.
a) Meneroka Alat dan Bahan
– diperingkat prakawalan boleh memulakan program latihan dengan cara berjalan­ disepanjang alang atau bangku yang rendah, melompat dari atas kerusi atau meja yang rendah, bergayut pada tali panjat, atau bergerak disepanjang rangka panjat tahap kawalan boleh memulakan dirinya untuk membuat penyesuaian menggunakan peralatan yang sebenar. Mereka boleh mencuba pelbagai cara untuk bergerak di atas palang, bergayut diatas palang atau tali, melompat dari atas meja atau kerusi, ataupun bergerak dari satu bahagian kesatu bahagian lain di atas palang bertingkat.  Tahap aplikasi bolehlah mencuba berbagai cara untuk masuk ke dalam sesuatu ruang alat; melompat, melintasinya dan membuat bentuk­ dengan menggunakan anggota­ semasa beraksi.

b) Meneroka Cara Pengolahan dan Manipulasi
– pelajar sudah bersedia untuk meneroka cara pengolahan sesuatu aktiviti dan cuba memanipulasi tubuh mereka supaya boleh melakukan aktiviti gimnastik atau pergerakan dengan lebih mencabar lagi spt Dirian tangan, Roda kereta, Gulingan, Imbangan dan sebagainya.

c) Meneroka Idea dan Isi Kandungan
 –Aktiviti Menggulingialah lakuan memindahkan beban berat  bahagian-­bahagian anggota yang lain disekeliling sesuatu paksi. Menggabungkan lakukan mengguling ke dalam aktiviti-­aktiviti
lain seperti pergerakan lokomotor atau  menangkap dan mengguling.

2          MEMPEROLEH PENGALAMAN
a) Pelbagai Strategi Memperoleh Pengalaman
 – persepsi, membina kosep, pemahaman, penemuan, pengetahuan, hasil, proses, kemahiran. Untuk menyelesaikan masalah, membuat  eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko, mencipta secara
kreatif, membuat penilaian dan bijak membuat pilihan.

b) Aktiviti Memperoleh Pengalaman
-- Permainan merupakan nilai riadah yang sungguh menakjubkan, nilai kecergasan yang tinggi dan bertindak sebagai alat yang amat ampuh untuk menyalurkan rasa ketahanan semulajadi didalam jiwa
pelajar didalam pelbagai peringkat.
c) Kepentingan Pengalaman Secara Langsung
-- kemahiran membaling dan menangkap pundi kacang dipraktik dlm  kemahiran menangkap dan membaling bola.

I.            Pengalaman Kemahiran Permainan Tak Varian -pelajar diperlukan untuk meramal arah tuju bola atau pundi­pundi kacang atau arah tuju pergerakan lawan.
II.             Pengalaman Kemahiran Permainan Dinamik - Apabila pelajar sudah memperolehi kemahiran yang membolehkan mereka bermain dengan cekap mereka haruslah diberi peluang untuk mempraktikkan kemahiran mereka itu dalam kedaan serupa seperti dalam keadaan
permainan yang sebenarnya.
III.            Pengalaman Bermain Permainan­ Dengan adanya aktiviti bermain boleh membantu mereka menghayati rasa keseronokkan,  kepuasan, kegembiraan dan kejayaan.

d) Ciri­ciri generik tahap kemahiran

(i) Tahap Prakawalan
1.  Pelajar mengahadpi masalah mengulangi sesuatu pergerakan yang berkesan secara berturut-turut. Pola perlakuan mereka berubah­ dari satu percubaan ke satu percubaan.
2.  Pelajar melakukan pergerakan secara keterlaluan dan tidak cekap semasa mempraktikkan kemahiran.
3.             Pergerakan pelajar nampak janggal dan lazimnya bertentangan dengan kaedah praktik kemahiran yang sebenar.
4.       Kejayaan sering dikaitkan dengan nasib dan bukan dengan  usaha dan bimbingan.
5.      Apabila pelajar berlatih menggunakan peralatan, perlakuan mereka nampak  dikuasai oleh peralatan.

(ii) Tahap Kawalan
1.  Pergerakan pelajar lebih tertib, terkawal dan nampak lebih mengikut kehendak mereka.
2.  Pergerakan pelajar lebih tekal dan pola pengulangannya agak serupa.
3.  Pelajar lebih kerap mempraktikkan kemahiran dengan betul.
4.   Percubaan pelajar untuk menggabungkan antara satu jenis pergerakan dengan yang lain atau mempraktikkan sesuatu kemahiran dalam hubungannya dengan objek atau dengan rakan pemain, biasanya tidak terhasil.
5.  Oleh sebab sesuatu pergerakan itu masih belum dapat dipraktikkan secara automatik, pelajar perlu menumpukan perhatian yang lebih kepada apa yang sedang dilakukannya.

(iii) Tahap Penggunaan
1.   Dengan penumpuan, pergerakan dapat dipraktikkan dengan jaya.
Hbef1403-Seni Dalam Pendidikan cgzul­oum IPKT07
2.                     Walaupun konteks tugas berubahan , pelajar masih mampu melaksanakan kemahiran dengan betul
3.                      Pelajar sudah berupaya untuk mengawal kemahiran mereka dalam situasi yang boleh diramal.  Mereka boleh  mempraktikkan secara tekal.
4.                     Pelajar mampu mempraktikkan dengan baik kemahiran-kemahiran kompleks yang terdiri
daripada gabungan beberapa kemahiran.

e) Tahap Kecekapan
1.   Kemahiran hampir dapat dipraktikkan secara outomatik dan pola­-pola perlakuan sudah menjadi hampir sama.
2.  Pelajar berupaya memberi tumpuan ciri­-ciri yang berada di luar jangkaan dalam konteks permainan, namun masih mampu  mempraktikkan kemahiran mengikut hasrat hati.
3.  Pergerakan dilakukan dengan mudah dan bersahaja seolaholah tanpa perlu banyak usaha.
4.  Pelajar memperlihatkan keupayaan mengubahsuai perlakuan mereka selaras dengan kehendak­ situasi, baik yang  terancang mahupun yang tidak terancang.

3          EKSPRESI
Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi peluang kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri melalui pekataan, bunyi, pergerakan dan visual mereka. Pelajar akan meluahkan pandangan mereka dengan cara yang seakan sama dengan apa yang dialami dan
difahami oleh orang lain.
i) Bentuk Ekspresi :
(a) Perasaan - hasil luahan daripada hati
(b) Lisan - Arahan yang dikemukakan secara lisan
perlulah difahami dengan sebaik mungkin agar dapat difahami dengan jelas dan tidak disalah ertikan
(c) Reaksi - Apabila melihat sesuatu masalah pelajar akan dapat membuat tindakan yang tepat akibat daripada latihan dan pengalaman yang telah diterima
(d) Emosi – menggalakan pelajar untuk menyertai aktiviti­-aktiviti permainan supaya ia boleh mencetuskan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dlam menghadapi persaingan dan cabaran.
(e) Bukan Lisan- Segala arahan­-arahan yang bukan lisan dan gambaran-­gambaran yang diperolehi akan
ditafsirkan dengan sebaik mungkin agar tidak disalah
tafsirkan.
(f)Idea- Semua idea­idea dan kebolehan menjana minda ( Kem berfikir ) perlulah digunakan didalam
melaksanakan ekspresi pelajar.
(g)Menggambar- Dengan mengadakan aktiviti menggambar membolehkan pelajar itu mengalihkan
tumpuannya kepada kertas yang ada dihadapannya.  Semasa aktiviti menggambar segala masalah yang ada akan dipindahkan dari dalam minda ke atas kertas.
(h)Menghasilkan- Setiap apa yang dihasilkan baik berdasarkan aktiviti menggambar, kemahiran berfikir,
arahan lisan dan bukan lisan serta perasaan adalah merupakan ekspresi diri pelajar dalam melaksanakan
sesuatu perkara.
 i) Unsur Perasaan dalam Ekspresi - reaksi badan terhadap rangsangan yang ia tidak bersedia menghadapinya atau yang memberikan sumber manfaat dan kerugian yang mungkin kepada seseorang. ibu bapa dan guruguru yang menjadi model, penguat kuasa dan penilai terhadap pembentukan tingkah laku.
ii) Penyampaian yang Berekspresif - guru mahu pun oleh sekolah perlulah bersifat berekspresif ­ Untuk itu gaya pembelajaran perlulah dirangsangkan pada setiap pelajar:
a.    Rangsangan persekitaran (cahaya, bunyi, suhu, susun atur bilik)
b.     Rangsangan emosi (motivasi, keazaman, tanggungjawab, struktur)
c.    Rangsangan sosiologi ( diri sendiri, pasangan, rakan sebaya, kelompok)
d.    Rangsangan fisiologi (kekuatan persepsi yang merangkumi auditori, visual,
kanestetik, makanan/minuman, waktu belajar, pergerakan)
e.                    Rangsangan psikologi (analitik atau global, pemproses otak kiri dan kanan, dan   impulsif atau reflektif)
f.                    Aktiviti - melaksanakan permainan yang bersifat koperatif dan
sukan

No comments:

Post a Comment