Monday, April 11, 2011

sENi & peNdiDikAn ( v0L 4)


DEFINISI PENGUJIAN DAN PENILAIAN

-Pengujian merujuk kepada keseluruhan proses yang terlibat di dalam mendapatkan bukti (evidence) keupayaan pelajar; daripada menentukan objektif pengujian, merangka soalan atau tugas, menjalankan ujian, memeriksa atau memberi markah termasuk melaporkan keputusan ujian kepada pihak-pihak yang terbabit (pelajar, pihak sekolah, pihak kementerian, ibu bapa dan lain-lain). Antara bentukbentuk pengujian termasuklah ujian bulanan, peperiksaan, pemerhatian, temuduga, portfolio serta tugasan-tugasan kelas yang diberi markah.
-penilaian merujuk kepada proses menghakimi sesuatu dengan tujuan untuk memberi nilai. Dengan maksud yang lebih mudah, seseorang akan menjalankan penilaian untuk melihat salah satu atau semua daripada perkara berikut: keberkesanan, kelancaran, fungsi dan operasi.

Pengujian Formal dan Tidak Formal
-Antara bentuk pengujian tidak formal ialah bertanya sama ada pelajar faham apa yang diajar, membaca isyarat tidak verbal pelajar untuk mengagak tahap pemahaman mereka, mengadakan sesi soal jawab dalam melihat penguasaan pelajar ataupun memeriksa latihan dan kerja rumah pelajar.

Rubrik Analitikal dan Rubrik Holistik
-Rubrik analitikal merujuk kepada panduan pemarkahan yang selalunya digunakan untuk pengujian formatif. guru dapat melihat bidang (kriteria) yang dapat dikuasai oleh pelajar dengan baik dan bidang (kriteria) yang memerlukan pembaikan.
-Rubrik holistik selalunya digunakan di dalam pengujian sumatif untuk melihat kepada pencapaian pelajar secara menyeluruh.

Pengujian Tradisional dan Pengujian Alternatif
-Pengujian tradisional merujuk kepada sebarang bentuk pengujian bertulis yang melibatkan penggunaan pen dan kertas.
-kebanyakan pengujian yang dijalankan adalah berbentuk alternatif. Contoh-contoh pengujian alternatif di dalam bidang seni visual ialah portfolio, buku kerja kajian (research workbook) dan juga pengujian berasaskan prestasi (performancebased assessment) seperti kerja kumpulan, demonstrasi dan pembentangan pelajar.

Hurwitz dan Day (2001) menyenaraikan beberapa ciri-cipengujian alternatif.
1. Menilai pelajar berdasarkan tugasan yang berdasark keperluan disiplin bidang seni visual.
2. Mengambil kira pengetahuan dan kemahiran secara holistik dan tidak melihat daripada fragmen-fragmen yang berbeza.
3. Menghargai pencapaian pelajar di dalam sesuatu pengujian, kerana pencapaian yang rendah sekalipun tetap menjadi indikator kepada sesuatu penguasaan.
4. Melihat kepada proses dan hasil pembelajaran.
5. Mendidik pelajar supaya menguji pencapaian sendiri.
6. Mengajar pelajar untuk memperkenal, mempertahankan hasil karya mereka di hadapan umum.


No comments:

Post a Comment